D'HERBS KOPI NIKMAT View larger

D'HERBS KOPI NIKMAT

New product

Kopi Nikmat keluaran D’Herbs merupakan kopi pracampuran yang diadun daripada biji kopi Brazil bersama madu, kacang Hazel, aprikot dan ginseng yang sarat dengan khasiat untuk tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

More details

RM 29.90

Add to wishlist

More info

D'HERBS KOPI NIKMAT

15 SACHET


KELEBIHAN D'HERBS KOPI NIKMAT :

1) Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan

2) Membantu melancarkan peredaran darah

3) Menyingkirkan toksin dari tubuh badan

4) Membantu mengawal paras kolestrol

5) Menstabilkan tekanan darah

6) Memelihara sistem saraf

7) Menguatkan daya tumpuan dan tahap kecergasan mental

8) Membantu mengukuhkan tulang dan otot

9) Membantu mengatasi masalah kelesuan tubuh badan

10) Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan anda

11) Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit

KANDUNGAN D'HERBS KOPI NIKMAT : 

Kopi Brazil: Kopi yang diproses di negara Brazil ini melalui cara pengeringan selama 8 hingga 10 hari setelah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, buah kopi atau coffea yang telah dikeringkan dibuang kulitnya manakala bijinya pula dipilih, digred dan dibungkus. Biji kopi yang kaya dengan khasiat B-kompleks, potassium, mangan dan magnesium ini terbukti khasiatnya untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan di mana ia bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah turut berupaya mengurangkan risiko serangan kanser, kencing manis, strok mahupun kanser.

Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot,  dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.

Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh. Ia juga mampu memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan mata di samping membekalkan tenaga tambahan kepada tubuh badan, sistem saraf serta bahagian otak seterusnya menjana kecergasan fizikal dan mental.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu yang bersifat antioksidan ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada penyakit seperti gout, alahan mahupun masalah sendi.

Biji Aprikot: Biji aprikot tinggi kandungan vitamin B17 yang turut dipanggil amygdalin yang telah digunakan sejak tahun 1800-an bagi membantu mencegah dan membasmi sel kanser di samping menstabilkan tekanan darah, mengatasi masalah radang serta menguatkan sistem imunisasi yang berupaya mencegah jangkitan penyakit.

Kacang Hazel: Kacang Hazel bertindak mengawal paras kolestrol sekaligus membantu memelihara organ jantung, melancarkan proses penghadaman serta membantu melancarkan peredaran darah.

Goji: Goji mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh badan di samping membantu meningkatkan tahap kecergasan, memelihara sistem penghadaman serta mengurangkan kekejangan dan keletihan otot.

Acai: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Acai juga mampu meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan, memelihara deria penglihatan, memperbaiki tona kulit serta membantu meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin yang terkandung di dalamnya. Kandungan kalsium di dalam beri ini pula bertindak mengukuhkan tulang dan gigi.

Ginseng: Herba ini mengandungi phytonutrien yang bersifat antioksidan seterusnya berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel serta melambatkan proses penuaan. Ia juga berkesan untuk membantu anda melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, mengurangkan kadar kolestrol serta melancarkan peredaran darah.

Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit. Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon serta menggalakkan kesuburan di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.

 

CARA PENGGUNAAN D'HERBS KOPI NIKMAT :

1) Campurkan 1 sachet Kopi Nikmat ke dalam secawan air panas.

2) Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dihidang.

3) Boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Reviews

Write a review

D'HERBS KOPI NIKMAT

D'HERBS KOPI NIKMAT

Kopi Nikmat keluaran D’Herbs merupakan kopi pracampuran yang diadun daripada biji kopi Brazil bersama madu, kacang Hazel, aprikot dan ginseng yang sarat dengan khasiat untuk tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.