D’HERBS SABUN GAMAT ASLI View larger

D’HERBS SABUN GAMAT ASLI

New product

Sabun Gamat Asli menghimpunkan kebaikan gamat, Aloe Vera, minyak zaitun dan kolagen yang mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Ia bertindak menyingkirkan sel kulit mati di samping membantu mengatasi masalah kegatalan, jerawat, parut dan kulit kusam sekaligus memberi kesegaran yang berpanjangan buat wajah dan tubuh badan anda.

More details

RM 15.00

Add to wishlist

More info

D’HERBS SABUN GAMAT ASLI 

Kandungan: 120 g

KEBAIKAN SABUN GAMAT ASLI D’HERBS :

  • Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit
  • Membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan regangan pada permukaan kulit
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, luka, parut, kulit melecur dan berminyak
  • Membantu memudarkan kesan parut, jeragat dan selulit yang menjejaskan penampilan
  • Mengatasi masalah kegatalan
  • Menyegarkan permukaan kulit wajah dan tubuh badan
  • Membantu mencegah proses penuaan kulit
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV

KANDUNGAN SABUN GAMAT ASLI D’HERBS :

  • Gamat (Sea Cucumber): Gamat sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain memelihara kehalusan dan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit
  • Minyak Kelapa Sawit: Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Propolis: Propolis adalah campuran resin atau getah yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksidan yang efektif selain flavonoid yang mampu menentang proses penuaan awal bagi mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, propolis amat berkesan untuk memulihkan luka dan jangkitan kuman selain membantu merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang pada kulit anda.

CARA PENGGUNAAN SABUN GAMAT ASLI D’HERBS :

  • Buihkan Sabun Gamat Asli dan urutkan pada bahagian muka dan badan secara perlahan-lahan.
  • Biarkan selama 1-2 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Gunakan pada waktu pagi dan malam untuk hasil yang terbaik.

Reviews

Write a review

D’HERBS SABUN GAMAT ASLI

D’HERBS SABUN GAMAT ASLI

Sabun Gamat Asli menghimpunkan kebaikan gamat, Aloe Vera, minyak zaitun dan kolagen yang mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Ia bertindak menyingkirkan sel kulit mati di samping membantu mengatasi masalah kegatalan, jerawat, parut dan kulit kusam sekaligus memberi kesegaran yang berpanjangan buat wajah dan tubuh badan anda.