No products
JAMU JELITA merupakan jenama induk dan salah satu peneraju utama di syarikat Herba Timur Sdn Bhd . Dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap R&D, Penyelidikan dan Pembangunan serta Jualan dan Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 51 jenis produk di bawah 6 kat...
JAMU JELITA merupakan jenama induk dan salah satu peneraju utama di syarikat Herba Timur Sdn Bhd . Dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap R&D, Penyelidikan dan Pembangunan serta Jualan dan Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 51 jenis produk di bawah 6 kategori berikut dengan produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut, jus kesihatan, kosmetik, pelangsingan dan lain-lain.
Subcategories
Lelaki juga perlu menjaga kulit seperti mana kaum wanita, kebersihan kulit memberi keyakinan pada individu untuk tampil aktif dan segar sepanjang hari. Begitu juga halnya dengan aspek kesuburan lelaki sangat penting kerana itulah yang menjadi kemegahan dan boleh juga jadi kelemahannya. Dengan pengambilan produk khas lelaki daripada Jamu jelita ini sebagai alternatif untuk memperbaiki kelemahan mahupun mempersasakan lagi kejantanannya.
Sudah lumrah seorang wanita memandang penting aspek penjagaan diri baik dari segi kulit, berat badan, rambut, kesihatan luaran dan dalaman; kerana semakin meningkat usia kelebihan yang ada pada wanita ini ketika usia muda akan berkurangan. Produk keluaran Jamu Jelita untuk anak dara khusus untuk wanita yang bersuami dan berkeluarga perlu menjaga dirinya untuk suami dan keluarganya.
Minuman kesihatan dari jenama Jamu Jelita ini sebagai pilihan alternatif untuk rawatan tambahan bagi membantu meringankan dan ada juga yang menyembuhkan penyakit yang dihidapi individu. Untuk individu yang sihat tubuh badannya dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian.
Wanita mahupun lelaki wajib memandang penting aspek penjagaan diri baik dari segi kulit, berat badan, rambut, kesihatan luaran dan dalaman. Diri kita adalah anugerah Allah yang terindah, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan diri, dengan rangkaian produk dari Jamu Jelita ini boleh membantu serta memperlihara kesihatan kita.
3ple Miracle Diet keluaran Jamu Jelita diperbuat diperbuat daripada ramuan buah-buahan Strawberry, Barli, Roselle, Acai Berry, Rasberi, Asam Jawa, Delima dan Aloe Vera. 3ple Miracle Diet Jamu Jelita dapat melangsing, mengenyang serta merampingkan badan.
Di samping berkesan untuk memecahkan lemak bagi mengembalikan kelangsingan tubuh badan, Beaushape Body Lotion yang kaya dengan kebaikan kolagen dan Elderberi ini juga mampu mengurangkan kesan rekahan atau stretchmark serta memelihara kehalusan dan keremajaan kulit anda.
Serlahkan seri wajah anda dengan Bedak Mak Andam yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan pancaran UV di samping mengawal kadar minyak pada permukaan kulit yang merupakan punca utama kepada jerawat.
Bedak Sejuk Berherba & Tanaka menggabungkan khasiat dari sumber pegga, likuoris, rosemary dan gelatin bagi menyingkir cela pada wajah seterusnya memelihara keremajaan dan keanggunan wajah anda.
Celak ini merupakan celak hitam pekat kalis air. Penggunaannya mudah, tidak bercapuk dan tidak luntur walaupun kulit berminyak atau berpeluh
Enerlife Jamu Jelita merupakan minuman botani yang diperkaya dengan adunan buah manggis, maquiberi, remunggai dan delima khusus untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan anda. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan harian buat seisi keluarga.
Diperkaya dengan kolagen, minyak zaitun dan gamat, Gincu Mungil ternyata berkesan untuk memelihara kehalusan dan kelembapan bibir anda di samping membantu menyerlahkan warna bibir mengikut suhu tubuh dan darah.
Glutathione Toner Pencerah keluaran Jamu Jelita bertindak mengekalkan kesegaran kulit wajah di samping membantu mengecilkan liang pori, mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit serta mengawal penghasilan sebum atau minyak pada di bawah lapisan kulit seterusnya membantu mencegah pertumbuhan jerawat yang menjejaskan penampilan anda.
Harum Jamu Jelita menghimpunkan jamu tradisional yang mempunyai khasiat yang tinggi seperti Kacip Fatimah, Pegaga, Asam Gelugur, Akar Serapat, Manjakani, Sireh dan Aloe Vera. Harum Jamu Jelita diadun dalam bentuk cecair untuk memelihara bahagian intim kaum wanita agar ia menjadi lebih segar dan sihat.
Herba Res2 Jamu Jelita dilengkapi dengan Sabun Res2, Bedak Sejuk Berherba + Tanaka serta Corong Herba Res2 yang sarat dengan khasiat dari sumber herba yang berupaya membantu anda merawat masalah resdung di samping menjadikan kulit anda bebas daripada cela yang mengganggu keselesaan.
Digunakan secara tradisional oleh wanita sebagai supplemen kesihatan dan melegakan kepenatan.
Digunakan secara tradisional oleh wanita sebagai supplemen kesihatan dan melegakan kepenatan.