Products

Sitisyafiqah.com product categories

Products There are 382 products.

Subcategories

  • Baby/Child

    Di dalam piramid makanan itu sendiri terdapat vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Yang penting, pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagai. Namun, tidak semua antara kita mampu memberikan makanan seimbang yang dimasak sendiri. Terdapat pelbagai jenis supplement kanak-kanak, ada yang dalam bentuk pil, cecair dan tablet yang boleh dihisap/dikunyah. Supplement ini membantu melengkapkan carta piramid makanan anak-anak anda. 

  • Breast up

    Payudara merupakan aset yang amat berharga bagi setiap wanita. Setiap wanita mempunyai saiz dan bentuk payudara yang berbeza. Mempunyai payudara yang anjal dan cantik menjadi idaman setiap wanita, namun tidak semua wanita bernasib baik mempunyai sifat payudara sebegitu. Dengan lambakan produk kecantikaan breast up di pasaran, kini anda berupaya untuk mengindahkan serta mendapatkan saiz payudara idaman anda. 

  • Body Wear

    Kenali tubuh anda, pakai pakaian yang membuatkan anda yakin dengan penampilan anda. Produk-produk di dalam kategori body wear dihasilkan dengan tujuan spesifik memberi kesan terbaik dalam keadaan yang selesa dipakai guna setiap hari bagi membentuk tubuh yang cantik! 

  • Body & Skin Care

    Rata-rata orang lebih mementingkan penjagaan kulit wajah tetapi tidak mamandang serius dengan penjagaan bahagian tubuh badan. Bahagian badan juga memerlukan penjagaan yang rapi. Penampilan menarik sememangnya impian semua, kulit wajah atau pun bentuk badan penjagaan dan rawatan yang betul amat diperlukan. Merawat kulit dari luar sahaja tidak mencukupi, kita perlu menitikberatkan penjagaan dalaman serta mengamalkan budaya sihat untuk mendapatkan kulit yang cantik dan badan yang sihat

  • Collagen

    Kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita, penting dalam struktur tendon, rawan dan tulangKolagen dalam badan mudah dimusnahkan oleh banyak faktor seperti tindakan radikal bebas, keracunan dalam sistem badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetiks, wangian, aksesori dan pencemaran persekitaran. Dengan penghasilan kolagen yang berkurangan ditambah lagi dengan kemusnahannya akibatnya kulit kelihatan mula berkedut, hilang kelembapan, nampak kusam, jeragat mula kelihatan, hilang keanjalan dan sebagainya.  Kita semestinya memerlukan kolagen tambahan untuk menampung keperluan kolagen harian badan. 

  • Cosmetic

    Kosmetik dimaksudkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luar dari tubuh manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan ronga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan kulit wajah, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga diri agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan cantik. 

  • Detox

    Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

  • Fragrance

    Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume terlebih dahulu. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, ruang bawah dada, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki.

  • Hair

    Rambut yang sihat adalah simbol bagi kecantikan kaum wanita, mahkota wanita. Namun banyak masalah rambut yang harus dihadapi akibat proses perawatan rambut yang tidak sesuai akibatnya rambut jadi kering, hujung rambut bercabang, rambut senang gugur dan menjadi tipis dan juga kelemumur. Walaupun anda adalah wanita yang menggunakan hijab, rambut yang elok tertutup pun harus dijaga kebersihan dan kecantikannya. Rambut yang bermasalah tentunya akan mengganggu hari anda.

  • Mask

    Masker wajah adalah satu bentuk rawatan kecantikan atau satu proses dermo-kosmetik dan efektif untuk mengekalkan keremajaan kulit disamping untuk mengelakkan penuaan pramatang. Selain itu jika diamalkan secara konsisten akan menjadikan lembut gebu, licin dan lembut. Ada pelbagai jenis masker di pasaran, jenis peel off, jenis clay atau jenis tisu muka. Pemakaian facial mask mengambil masa 30-40 minit atau sehingga ia kering keseluruhannya, bergantung kepada jenis masker yang anda gunakan. 2x dalam seminggu (untuk menggelakkan kekeringan pada kulit wajah) tetapi konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 

  • Men

    Lelaki juga perlu menjaga kulit seperti mana kaum wanita, kebersihan kulit memberi keyakinan pada individu untuk tampil aktif dan segar sepanjang hari. Begitu juga halnya dengan aspek kesuburan lelaki sangat penting kerana itulah yang menjadi kemegahan dan boleh juga jadi kelemahannya. Dengan pengambilan produk khas lelaki ini sebagai alternatif untuk memperbaiki kelemahan mahupun mempersasakan lagi kejantanannya.

  • Postnatal Care
  • Scrub

    Scrub merupakan produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk kulit. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit di bahagian lain. Oleh sebab itu wajah perlu dijaga dan diberi perhatian.  Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). Banyak juga scrub yang mengandungi pelembap, jadi ia mampu melembapkan kulit ketika sel-sel kulit mati ditanggalkan.

  • Serum

    Serum bermaksud cairan yang mengandungi formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Ia bertindak untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah. Ia juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit. Serum mampu memberi kulit lebih anjal, muda dan cerah. Serum ada pelbagai jenis dimana ia menjadi sumber tambahan untuk memenuhi keperluan sektor kecantikan dan perubatan. 

  • Slimming

    Sememangnya antara asas penting diet adalah mendapatkan gaya hidup sihat dan mengurangkan berat badan. Dengan mengambil produk slimming yang hangat di pasaran tika ini samada dalam bentuk pil, minuman mahu pun lotion adalah alternatif dalam usaha menurunkan berat badan. Tidak lupa juga dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat iaitu 80 peratus makanan beralkali dan selebihnya 20 peratus makanan berasid serta melakukan aktiviti riadah 20 minit 3 kali seminggu mempercepatkan lagi misi untuk mendapatkan badan yang fit  dan mencapai berat badan ideal.

  • Supplement

    Supplement atau makanan tambahan adalah satu tambahan pemakanan, atas tujuan menambah diet dan menyediakan nutrien yang boleh hilang atau tidak boleh digunakan pada kuantiti yang cukup dalam diet seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, atau asid amino. Selain itu, ia berfungsi untuk menyingkirkan toksik dan dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian. Jika anda kerap diserang selesema, sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini pengambilan vitamin C dan zink adalah diperlukan. Harus diingatkan tidak semua vitamin sama ya, pengambilan vitamin bukan dari sumber makanan iaitu vitamin jenis sintetik memberi kesan negatif pada tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan makanan  agar tubuh dapat manfaatkannya secara optimum.

  • Whitening

    Tips berguna untuk anda sebelum memilih produk pencerahan kulit jenis sapuan kerana ia bergantung pada jenis kulit. Kulit kering lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk krim manakala kulit berminyak pula lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk losyen. Sungguh pun begitu kita perlu sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang boleh merosakkan kulit seperti cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar. Gunakan pelindungan seperti sunblock bila berada di luar bagi melindungi kulit dari sinar matahari secara langsung dan amalkan suppelemant vitamin C serta vitamin E secara rutin untuk kulit yang cantik 

per page
Showing 1 - 12 of 382 items
Showing 1 - 12 of 382 items